SILENT = LISTEN

Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk syurga, Nabi menjawab, takwa kepada Allah dan akhlak mulia. Nabi juga ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk neraka, maka Nabi menjawab, mulut dan kemaluan.
(HR. Tirmidzi)

***

Tak semua perkara perlu kita respon dengan kata-kata. Ada masanya kita perlu diam tanpa kata.

silencecrpd

Imam as-Shafie rahimahullah pernah menggariskan 3 syarat utama sebelum berkata-kata, iaitu adakah ia benar, baik dan perlu. Jika cukup ketiga-tiga syarat ini, maka barulah kita berhak untuk mengeluarkan kata-kata.

Ramai dalam kalangan kita pada hari ini suka untuk bercakap tentang perkara yang tidak benar, tidak pasti dan tidak perlu.

Ramai sahaja yang ingin bercakap mengenai perihal agama; walhal apa yang diungkapkannya masih belum pasti lagi kebenarannya. Masih belum jelas lagi kesahihannya.

Tidak hairan, bukan sedikit dalam masyarakat kita yang sering sahaja menyampaikan cerita-cerita yang ajaib; lalu menyandarkan ia kepada Hadis Rasulullah SAW.

Pernah diriwiyatkan dalam satu hadis yang mafhumnya; barangsiapa yang mengucapkan sesuatu yang bukan daripada Nabi SAW, lalu menyandarkannya kepada Baginda, maka telah tersedia satu tempat baginya di dalam neraka.

Ramai juga yang sekarang ini suka menyebarkan perkara yang belum pasti lagi kebenarannya. Baik kebenaran itu adalah daripada Hadis Rasulullah sendiri atau kebenaran dalam menyebarkan sebarang gosip dalam kehidupan seharian.

Tidakkah menyebarkan sesuatu yang belum pasti boleh dianggap sebagai suatu pendustaan yang kecil?

Tidakkah wujud sikap ‘tabayyun’ dalam diri seorang Muslim, sebelum kita menyebarkan sesuatu berita atau cerita?

Disebut di dalam al-Quran:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepadamu seorang fasik membawa berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan, yang akhirnya kamu menyesali perbuatan kamu itu.”
(al-Hujuraat: 6)

Sebagai seorang Muslim, adakah kita selalu mengutamakan sikap ‘tabayyun’ atau penelitian sesuatu perkara dahulu sebelum menyampaikan sesuatu berita?

e9888ac862976d7c1001c85a87475efe

Dan, pada zaman sekarang ini juga, ramai yang suka mengeluarkan kata-kata yang tidak perlu.

Misalnya, mengeluh ketika diuji, mencela seseorang yang dilihat kurang baik dari sudut upaya dan akal, atau senang sahaja kata-kata carutan terpacul daripada mulut?

Jelas, sebarang perkataan yang tidak perlu dan tidak ada faedah, lebih baik kita simpan sahaja di dalam hati. Boleh jadi, satu sahaja perkataan yang terlepas dari sangkar lidah kita bisa menyebabkan terputusnya hubungan silaturahim atau mungkin saja memberi akibat kepada perpecahan masyarakat.

Oleh itu, jagalah lidah.

Jagalah ia daripada mengucapkan kata-kata yang tidak baik. Benar, ianya lembut dan tidak bertulang, akan tetapi karena tajamnya kata-kata, bisa mengakibatkan pergaduhan atau kerosakan yang lebih besar.

***
Fitrah mulut; bercakap. Ya, tidak salah untuk kita bercakap. Tapi biarlah kena pada tempatnya, biarlah kena pada waktunya dan biarlah kena pada pendengarnya.

Ulama pada zaman dahulu pernah membahaskan hikmah manusia diciptakan dengan sepasang (2) telinga tetapi hanya dikurniakan satu (1) mulut.

Antaranya ialah, manusia perlu lebih cenderung untuk mendengar, berbanding dengan mengeluarkan kata-kata.

SILENTdan LISTEN“.

Diam dan dengar; itulah cara yang terbaik.

silent-and-listen

Sayang, jika dengan kurniaan lidah dan telinga ini, membuatkan manusia semakin jauh dari-Nya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s