Korban Miskin & Kaya

Bila sebut saja pasal Hari Raya Korban, perkara pertama yang datang terus ke fikiran aku ialah- ‘Daging’. Dalam banyak-banyak jenis daging, yang aku terbayang ialah betapa merahnya daging tu. Tak kisahlah daging tu daging unta, daging lembu, daging kerbau, seladang dan sebagainya, yang berlegar-legar dalam kepala aku ialah daging, merahnya daging tu dan betapa sedapnya kalau daging tu dimasak dengan nama ‘Daging Goreng Masak Kunyit’.

Ok. Untuk kali ni (setelah sekian lama tak menulis mengikut alunan rentak dan irama), bersempena jugak dengan Hari Raya Korban aka Aidiladha ni, terlintas di hati dan kepala untuk aku tulis mengenai satu tajuk yang diberi nama Pengorbanan.

***
Bila sebut saja perkataan pengorbanan, aku pasti ramai yang pernah dengar ayat-ayat ni..

“… kita mestilah berkorban jiwa, tenaga, mahupun harta!

…demi negara, sanggup aku korbankan harta, jawatan bahkan nyawa!

korbankan jelaa apa yang mike mampu..”

Cliché.

Memang senang sungguh ayat-ayat ni nak dilepaskan daripada mulut. Bahkan senang jugak ditulis dan dikarang.

Tapi sebenarnya, adakah kita betul-betul sudah berkorban? Atau sekadar memberi bahagian yang tidak perlu? Apa bezanya pemberian dan pengorbanan?

***
Untuk pendefinisian antara makna pemberian dan pengorbanan, aku bukanlah orang yang paling tepat untuk memberi takrif maksud dua kalimah ini.

Yang pasti pada aku, ada bezanya. Dan bezanya ini amat ketara sekali.

Pemberian:
Penyerahan satu bahagian yang dimiliki oleh si empunya/ pemilik barang kepada seseorang (sama ada orang tersebut ialah orang memerlukan atau tidak) dengan niat barang tersebut memang ingin diserahkan (disebabkan kemampuan) dan si pemilik sudah tidak punya lagi rasa teragak-agak atau sayang kepada barang tersebut.

Pengorbanan:
Penyerahan satu bahagian yang dimiliki oleh si empunya/ pemilik barang kepada seseorang (sama ada orang tersebut ialah orang memerlukan atau tidak) dengan niat barang tersebut disifatkan lebih utama untuk diberikan kepada orang lain, dan si pemilik masih lagi sayang dengan barang tersebut serta timbul rasa teragak-agak atau berbelah bahagi semasa penyerahan barang tersebut kepada penerima.

Mesti tak berapa nak faham kan? (Well, aku ambik course Farmasi, bukan Lughatul Malayuwiyah).

Contoh kes:

Ada dua orang lelaki yang hensem, namanya Miskin yang kedana dan Kaya yang berharta.

ATT4335081

Untuk sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ni, Miskin berhasrat untuk korbankan seekor kambing. Hasil titik peluh dan usahanya membanting tulang sebagai penjual botol selama setahun digunakan untuk membeli seekor kambing untuk dikorbankan. Bagi Miskin, dia berasa teragak-agak untuk mengeluarkan wang simpanan tersebut kerana baki simpanan untuk Miskin sekeluarga hanya tinggal sedikit sahaja.

Akan tetapi, atas keyakinan kepada Allah Maha Pemberi Rezeki, dia yakin bahawa Allah lebih tahu bahawa soal rezeki, soal kenyang dan lapar Miskin sekeluarga, Allah sudah tetapkan yang terbaik. Akhirnya, Miskin bulatkan juga niat untuk berkorban.

Di daerah yang sama, Kaya, seorang doktor pakar yang berharta juga berhasrat untuk mengorbankan seekor kambing. Pada pengamatan orang kampung pada beliau, untuk sambutan hari raya Korban tahun ini, Kaya mampu untuk mengorbankan beberapa ekor kambing atau seekor unta.

Akan tetapi, pada saat-saat akhir tempahan haiwan korban, Kaya memutuskan untuk mengorbankan seekor kambing. Baginya, cukuplah separuh daripada jumlah gaji bulanannya ‘dikorbankan’. Namun hakikatnya, jika dia mengorbankan dua atau tiga ekor kambing, tidak ada satu perkara pun yang perlu dirisaukan Kaya, dek jumlah wang simpanan beliau di bank tempatan dan bank antarabangsa sangat banyak.

***
Soalnya, adakah sama nilai ‘pengorbanan’ Miskin dan Kaya?

Tentu sekali tidak!

Si Miskin bersusah payah mengumpulkan harta untuk membeli haiwan korban, manakala Kaya hanya mengambil bahagian korban sekadar untuk ‘cukup syarat’ sahaja.

Jauh di lubuk hati Miskin bahawa dia risau jika dia tidak mengambil kesempatan untuk berkorban pada tahun ini, mungkin satu hari nanti dia sudah tidak berkesempatan lagi untuk mengambil bahagian dalam hari raya Korban yang akan datang. Bagi Kaya pula, dia ‘berkorban’ kerana takut dilabel kedekut, dianggap pelik kerana statusnya orang yang berharta yang tidak mengambil bahagian.

Miskin menyerahkan pengharapan beliau kepada Allah yang menentukan segala rezeki untuk makhluk, manakala Kaya pula menggantung-harapkan rezeki beliau pada separuh gaji yang berbaki dan jumlah wang simpanan di bank semata-mata!

Sudah jelas perbezaan ‘pengorbanan’ dan ‘pemberian’?

***
Kini, kita sebagai pelajar, sebagai rakan, sebagai pimpinan, sudah tentu ada sahaja perkara yang perlu kita korbankan.

Sebagai pelajar, kita korbankan masa kita. Dalam hati selalu berbisik, kan best kalau masa ni kita tengok movie, kan best kalau tidur; tapi akhirnya kita korbankan waktu kita untuk kita belajar, ulangkaji dan buat nota.

Sebagai rakan, kita korbankan tenaga kita. Di dapur, selalu saja pinggan mangkuk tak berbasuh, sampah melimpah-limpah dari tong sampah. Rakan-rakan yang lain ada komitmen lain, dan kita juga punya komitmen sendiri. Dalam hati ada terdengar pujukan malas, hasutan – ‘biarlah yang lain bersihkan’­ ; tapi akhirnya kita korbankan juga tenaga kita untuk kita bersihkan pinggan mangkuk dan buang sampah tersebut.

Sebagai pimpinan, kita korbankan diri kita. Selalu saja masuk meeting itu ini, liqa dari petang sampai malam, memikirkan rancangan, evaluasi, follow-up gerak kerja semua bagai; sedangkan yang lain boleh sahaja bersenang, berehat dan bersantai. Bahkan ada juga yang tak sedar pun pengorbanan diri kita kepada orang lain.

***
Semacam cerita si Miskin dan Kaya, si Miskin mungkin sudah berkorban dari sudut harta, manakala Kaya masih lagi sekadar tahap memberi. Mungkin dalam aspek yang lain, Kaya boleh berkorban tenaga, masa atau buah fikiran yang lebih berbanding Miskin.

Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Jika aku kaya, mungkin aku sukar untuk berkorban dalam menderma, tetapi aku mungkin boleh berkorban dari sudut kudrat batang tubuhku. Kalau kau memang jenis yang kurang makan (tak makan banyak), tak usah kau sebut, ‘Aku berkorban makanan aku untuk kau,’ – sebab kau masih belum berkorban jika kau memberi perkara yang kau selesa tanpanya.

Itulah sebenar-benar pengorbanan.

Kau korbankan perkara yang kau suka.

Keadilan bukan kesamarataan.

***
Pengorbanan hakiki hanya dinilai oleh Allah SWT. Bagi aku, maksud pengorbanan dan pemberian ada bezanya.

Rasul Qudwah Tadhiyyah.

Selamat menyambut hari raya Aidiladha!

Nota kaki:

  1. Sedih sebab tak dapat tengok unta atau kambing kena sembelih tahun ni.
  2. Menanti dengan tekun dan sabar.. – ‘Daging Goreng Masak Kunyit’.
  3. 3826094862_d368df2efe

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s