Siri Cici di Turki : Ep. 1 -Di Atas Sayap

Perjalanan ke Turki sebenarnya bukanlah satu perjalanan yang terancang. Pada mulanya, kami merancang untuk hanya keluar sementara daripada bumi Zagazig bagi bercuti. Iyalah, mana tidaknya, bermula pada awal semester 8, sesi kelas dari pagi hingga ke petang, diselangi dengan bermacam-macam jenis peperiksaan berkala, kemudian mengikuti kursus klinikal di hospital selama sebulan, dan akhirnya peperiksaan untuk semester pendek (Summer Course). Pastinya, semua orang perlukan sedikit rehat sebelum mengharungi sesi pengajian yang baharu.

OK. Kami beli tiket flight Aegean Airlines (syarikat penerbangan Greece) dengan harga RM 950 untuk return ticket. Hari demi hari berlalu, akhirnya tibalah hari yang dinanti-nanti..

13 September 2016, Selasa

Selepas selesai packing barang dan pastikan semua suis lampu ditutup, maka berpergianlah kami ke Terminal 3 Lapangan Terbang Cairo. Flight kami dijadualkan pada jam 3 pagi. Mahu tak mahu, kena juga datang awal ke airport malam tu. Kalau tak ada jugak, confirm akan kelam kabut esoknya.

Dan untuk pertama kali juga, Cici kena tidur di airport. Ini pasti menjadi satu pengalaman yang berharga untuk Cici.

IMG_20160914_013709.jpg

14 September 2016, Rabu

Pagi itu, maka berterbanganlah kami di udara. Cici mula-mula rasa excited sebab dapat naik kapal terbang.

“Dalam keturunan Cici, Cici-lah ayam pertama yang dapat naik flight, duduk dekat seat Economy. Sedara-sedara yang lain yang dapat naik flight pun, semuanya kena kerat-kerat jadi kecik sebab jadi lauk penumpang,” ujar Cici hiba.

Kami tiba di Airport Venizelos Athens, Greece dalam waktu Subuh. Selepas solat Subuh di ruangan kecil di hadapan bilik air, kami terus bergegas ke keluar airport. Cici nak tengok sunrise dekat Parthenon, tu pun kalau sempat.

Adik-adik, Parthenon ni, kalau adik-adik tak tahu, ni Cici nak tunjuk.

89022040

Ihsan Gambar: Google

Cantik kan? Apa yang menarik pasal Parthenon ni ialah bangunan purba yang menjadi kuil bagi masyarakat Yunani pada kurun ke-5 dahulu. Ia didedikasikan kepada Dewi Athena, sebagai satu simbol sembahan pada ketika itu. Apa yang membuatkan Cici nak tengok Parthenon ni sebenarnya bukan disebabkan keistimewaan binaan ni di tengah-tengah ibu kota Athens, tetapi bangunan ni pernah dicalonkan sebagai salah satu daripada 7 Wonders of the World.

img-20160915-wa0029

img-20160915-wa0010

Parthenon ni sebenarnya dalam usaha baik pulih. Sebab tu, ada construction stage tu. Nak masuk ke dalam ni pun kena bayar tau, 10 Euro.

img-20160915-wa0037

Salah satu daripada pemandangan yang anda boleh dapati di satu spot berhampiran Parthenon. Area ni percuma, tak perlu bayar sesen pun.

Selepas 7 jam transit di bumi Greece ni, kami pun pulang ke Airport bagi meneruskan perjalanan ke destinasi sebenar yang ingin dituju.

Exif_JPEG_420

Aku “Ayam” Malaysia!

Pada tengah hari itu, kami telah kembali terbang di udara. Kami menghirup udara Istanbul pada kira-kira jam 3 petang waktu tempatan. Tanpa berlengah, kami terus mengambil bagasi dan meneruskan perjalanan ke Airport Sabiha Gokcen yang kira-kira 60 km daripada Airport Ataturk, Istanbul.

Kami menaiki bas Havabus, dari Ataturk Airport menuju ke Taksim Square dan kemudiannya terus ke Airport Sabiha Gokcen. Kos pengangkutan yang dikenakan setiap seorang adalah sebanyak 27 TL. Nasib baik Cici ialah seekor ayam kentucky, jadi tak ada caj yang dikenakan.

Setibanya di Airport Sabiha Gokcen, kami terus check-in luggage di kaunter Pegasus Airlines. Di Turki, ada dua syarikat penerbangan domestik yang terkenal, salah satunya ialah Pegasus Airlines dan satu lagi ialah Anadolu Jet. Kami berkeputusan untuk mengambil tiket flight disebabkan harga tiket tersebut tidaklah mahal seperti yang dijangka. Tiket dari Istanbul ke Kayseri (bandar terdekat dengan Cappadocia) berharga kira-kira 70 TL. Kalau naik bas pun, harga tiket pun maybe sekitar 75-85 TL. Jadi, agak berpatutan lah kan?

Selesai solat Maghrib dan Isyak di airport, kami terus masuk ke ruang berlepas. Dalam masa yang sama, perut pun berbunyi dan bergegar. Mana taknya, dalam flight Aegean tadi hanya disediakan karipap dan air. Cici pun lapar tau.

Exif_JPEG_420

“Cici nak Indomie boleh?”

Bila sampai je di Airport Kayseri, terus kami bergegas untuk cari bas ke Kayseri Otogar (Kayseri Bus Station). Dari Otogar, kami akan naik lagi satu bas ke Goreme. Goreme ni adalah salah satu daripada pekan-pekan kecil yang ada di Cappadocia (bahasa tempatan sebut Kapadokya).

Di Bus Station tu, kami ambil bas Kamil Koc (tak tau kenapa tiba-tiba nak ambil jenama bas ni, walaupun sebelum pergi sana kami survey bas Metro Turizm). Dijadikan cerita, bas nak ke Goreme dah habis. Masa tu dah pukul 10.30 malam. Nasib baik brader kaunter bas tu dapat ejas bas ke Goreme. Lalu, dapatlah kami naik bas ke Antalya (singgah di Goreme) pada pukul 11 malam. Sementara tunggu bas tu, sempatlah kami kunyah makanan sikit dekat restoran depan bus station tu. Oh ya, kos pengangkutan dari Airport Kayseri – Kayseri Otogar – Goreme kira-kira 25 TL.

Dalam pukul 12.30 tengah malam lebih kurang, kami tiba di Goreme. Badan kami penat, sungguh. Cici pun penat. Tak berkokok dia malam tu.

Tapi Subhanallah, mata kami berasa segar. Melihatkan keindahan binaan semula jadi, bukit batu kapur yang memang mempesonakan. Dan Alhamdulillah, selepas dihubungi, brader homestay pun datang pickup kami di Goreme Bus Station selepas kami telefon beliau.

Hati tak sabar nak melihat apa yang ada di hadapan mata kami pagi esok..

Tips of the Day:

  1. Sebelum nak pergi ke Parthenon tu, tanya dulu tiket tu berapa. Jangan main beli ja. Macam kami, kami survey dalam apps Rome2Rio, harga Metro ke Parthenon tu hanya 2 Euro. Tapi bila kami beli, rupanya harganya 10 Euro seorang! Terkejut dibuatnya. Terus lepas tu rasa nak jimat-jimat je semua benda, sebabnya trip ni sebenarnya trip bajet. Kalau first day dah spend banyak, macam mana nak menghadapi hari esok? Hewhew
  2. Di airport, akan ada troli untuk angkut luggage tu. Sebelum guna, kita kena masukkan syiling sebagai deposit. Dan yang paling penting, jangan lupa ya nak ambil semula duit tu. Kan namanya deposit, bukannya sewa! Jadi, kalau anda letak 2 Euro dalam troli tu dan lupa nak ambil semula, jawabnya sedekah sajalah..
  3. Sebelum makan di mana-mana kedai di Turki, tanya dulu berapa harganya. Jangan main agak-agak. Dan jangan takut nak tanya, ini berapa harga, yang kuah merah tu berapa harga, sebab orang Turki ni depa friendly ja. Cuma kita je yang takut nak tanya. Btw, harga makanan kat sana agak mahal la jugak. Satu roti/ murtabak + kuah daging, harganya 17 TL.
  4. Bas kat Turki ni best! Ada wifi. So boleh la check-in kat FourSquare etc…
  5. Dari Kayseri Airport tu, sebenarnya ada je transfer/ pengangkutan terus ke Goreme. Maknanya, tak perlu pun nak ke Bus Station Kayseri sebelum ke Goreme. Kalau tak silap (dari pembacaan di tempat lain), kos transfer tu dalam 25 TL jugak. So, sama je lah kalau nak ke Bus Station Kayseri ataupun tidak.
  6. Belajar bahasa Turki sikit-sikit oi, kalau tak nanti nak bayar makanan/ nak tanya direction susah! Depa ni tak semua belajar English tau!

bersambung…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s